Saturday 8 December 2012

Mogamoga

Perasaan yang sebegitu tenang.
entah datang dari mana.
walhal. 3 papers lagi belum diambil.
inilah padah jika jadual exam begitu banyak gaps.
haaaihhh.
hujung minggu dirumah memang buat aku jadi malas.
automatik.
seluruh badan jadi bebal. lesu macam baru balik hiking.
........................................................

ahh. sudahlah menyalahkan waktu serta itu dan ini.
kau yang malas.

kau yang tidak mahu.
kelesa kau macam ular.

mogamoga pagi esok.
rajin merasuk badan kau.
agar kau bisa telaah lamalama.
sampai kau hafal semua.

Ya. mogamoga.
mogamoga DIA juga bantu kau.
pandu kau untuk sukses.

Insya Allah.





Friday 7 December 2012

H.A.N.E.Y.F.R.Z.S =)

Aku sayang H,
Aku sayang A,
Aku sayang N,
Aku sayang E,
Aku sayang y,
Aku sayang F,
Aku sayang R,
Aku sayang Z,
Aku sayang S,
Aku sayang mereka,
Aku sengaja tidak letak nama sebenar,
Jika letak. blog ini kantoi.
bukan tak mahu beritahu.
cuma aku malu ditertawa oleh mereka.
bab membahan memang makanan mereka.

.........................................

Aku sayang mereka.
sebab aku dan mereka saling menghargai, memahami, membantu satu sama lain.
jika aku tidak tahu. mereka beritahu. 
jika aku susah. mereka senangkan.jika aku sedih. mereka gembirakan.jika aku cemas. mereka tenangkan.jika aku lapar. mereka kenyangkan.
jika mahu disenaraikan budi mereka.
panjangnya mungkin satu buku anatomi yang tebal.

kadang-kadang aku fikir kita bukan sahabat lagi.
tapi. adik-beradik.
sebab dengan mereka.aku
tiada lagi perasaan malu.
tiada lagi sembunyi rahsia.
semua mereka tahu.

kadang-kadang juga.
ouh. yang ini bukan kadang-kadang,

tapi selalu.
kami faham 'eyes contact' serta 'body language' masing-masing,
tidak kiralah samaada untuk tujuan membahan atau objektif lain.
haha.


...............................................................

aku gembira dengan adanya mereka.
Terima Kasih Allah.
kerana membiarkan aku serta meletakkan aku dikalangan mereka.
aku bersyukur.
kerana sahabat aku ini adalah mereka bukan yang lain.

Terima Kasih sahabat untuk segalanya.
Terima Kasih juga untuk tanggal 26 november 2012,
Aku akan ingat sampai bila-bila.
Aku,kau dan kita.
akan sentiasa bersemadi dalam minda dan hati aku.

Semoga ikatan ukhwah kita tak kan terhapus walau aku tahu suatu hari nanti masa dan jarak akan memisahkan kita.

Aku doakan agar kita semua berjaya serta mencapai angan-angan yang selalu kita cerita-ceritakan bersama.

Terima Kasih 
SAHABAT untuk segala saat manis dan kelat.
Setiap saat aku hargainya.
Satu aku pinta. Sila jangan lupa aku. atau buat-buat lupa.

I Lefiyu All. and yes I do.


:')