Thursday 19 July 2012

Situ Sini

Mana ni?
Situ.. Dekat Situ..
Mana ada. Sini jangan usik. sudah susun.
Ini apa? Bukan ini kah?
Kan sudah bilang situ.

DEGIL.
Mulut sahaja macam bertih jagung
Cuba cari dahulu

Gunalah mata bukan guna mulut.
faham?



Cuba cari dan simpan baikbaik. pasti tak kan hilang.

Tuesday 17 July 2012

Jantung Saya

Berdetak-detak kencang
M
acam baru usai lari balapan
Tak tahu kenapa
Pusing kanan, resah
Pusing kiri, runsing
Berdiri, pening
Kenapa?
Entah. tak tahulah.

Friday 13 July 2012

pot pet pot pet

Sudah dikatakan sudah juga dibuat.
Tiada lagi pusingan balik.
yang tinggal cuma satu.
penyesalan.


Sila lihat kiri kanan sebelum guna hak bersuara.
'pause'
Sila guna hak akal terlebih dahulu.
Sila susun kosa kata dahulu.


Kerna.
Kita tidak tahu
Mungkin sebaris prosa bisa mengoyakkan sekeping hati manusia.


Ya. Kita kongsi warna rambut tapi tidak warna jiwa.
Awas. Hati manusia bukan keras macam batu.





p/s: ya. "pause" itu aku ciplak fynn jamal. Mohon maaf ya.

Wednesday 11 July 2012

Laki Laki

Lelaki.
Sedikit pun aku tidak pernah mengeluarkan butir-butir tangisan ku untuk nya. mahal mungkin.
Tapi tangisan ku ini berbeda.
bukan musabab cinta atau patah hati.

aku sendiri tidak pasti tikanya.
saat aku membaca nukilan dakwahnya.
tersentuh. lantas butir-butir mutiara keluar deras dari mataku.
sungguh! aku mengagumi dakwah kecilnya itu.
Timbul keinsafan, kesedaran.
Muhasabah diri muncul akhirnya.

Terima Kasih Allah.
kerna dengan izinMU mempertemukan aku pada dia.
biarpun sekejap.
Sesungguhnya ianya meninggalkan bekas untuk ku.


Terima Kasih Allah.
Kerna sentiasa menghadirkan insan yang baikbaik di keliling hidupku.
ENGKAU sentiasa memberi.
mungkin aku yang selalu lupa.
Ampuni aku Ya Rabb.



Ya Allah.
Kuatkanlah hatiku.
Jika dia bukan untuk ku.