Thursday 25 July 2013

Happy

Walau tidak dengan niat
Walau ia tak bermakna untuk kau
Tapi aku bahagia
Bila dia tanya kau 'girlfriend kau ke?'
Lantas kau jawab 'ya. Ha'ah'
Dengan muka serious.

Aku HAPPY.
Terima Kasih bawa aku jalan-jalan hari ini.
Walau malang  tempat yang kau konon mahu surprise
Kau sendiri sesat
Tapi tidak apa
Sebab aku masih HAPPY.

Kau korban kerja kau hari ini.
Semata bawa aku yang bosan agar hilang bosan.
Terima Kasih

Oh ya.
Kau buat aku sengih macam kerang busuk bila kau bilang:

"Sure syg, Demi bby abg rela kebalkan diri"

Sumpah  geli tapi aku HAPPY.
Walau aku tahu ia bukan dengan niat.

Terima Kasih KAU untuk hari ini.

*happy*

Saturday 6 July 2013

Laluan Rahsia

Lihat.
Terbentang didepanmu.
Satu laluan yang tidak pernah kau ketahui.
Mungkin inilah laluan rahsia yang Allah beri tanpa kau sedar.
Dia tetap memberi, membagi, melimpahkan segala apa padamu.
Walau kau sentiasa berpaling.
Maka bersyukurlah.
Dan percayalah kau padaNya.
Kerna Dia Ya Rahman dan Ya Arif.

Alhamdulillah.

11.59pm
Kuala Lumpur International Hotel