Thursday 25 July 2013

Happy

Walau tidak dengan niat
Walau ia tak bermakna untuk kau
Tapi aku bahagia
Bila dia tanya kau 'girlfriend kau ke?'
Lantas kau jawab 'ya. Ha'ah'
Dengan muka serious.

Aku HAPPY.
Terima Kasih bawa aku jalan-jalan hari ini.
Walau malang  tempat yang kau konon mahu surprise
Kau sendiri sesat
Tapi tidak apa
Sebab aku masih HAPPY.

Kau korban kerja kau hari ini.
Semata bawa aku yang bosan agar hilang bosan.
Terima Kasih

Oh ya.
Kau buat aku sengih macam kerang busuk bila kau bilang:

"Sure syg, Demi bby abg rela kebalkan diri"

Sumpah  geli tapi aku HAPPY.
Walau aku tahu ia bukan dengan niat.

Terima Kasih KAU untuk hari ini.

*happy*

Saturday 6 July 2013

Laluan Rahsia

Lihat.
Terbentang didepanmu.
Satu laluan yang tidak pernah kau ketahui.
Mungkin inilah laluan rahsia yang Allah beri tanpa kau sedar.
Dia tetap memberi, membagi, melimpahkan segala apa padamu.
Walau kau sentiasa berpaling.
Maka bersyukurlah.
Dan percayalah kau padaNya.
Kerna Dia Ya Rahman dan Ya Arif.

Alhamdulillah.

11.59pm
Kuala Lumpur International Hotel

Friday 7 June 2013

Dua orang penting vs satu orang pelupa

Rasa loser.
bila penyakit maha terlupa datang menjengah.
dua orang penting punya tarikh keramat, masakan terlupa.
Maafkan aku dua orang penting.
aku lupa.ya.
Aku lupa.
harap dua orang penting tidak kecil hati.
sebab dua orang penting ini amat penting untuk satu orang pelupa yang ini.

Aku sibuk.
Dan sibuk ku ini bukan alasan biasa yang orang guna pakai untuk alasan mudah elak diri.
sibuk aku sampaikan hari dan tarikh aku tidak tahu.
Benar. Aku tidak tipu.
Moga ucapan ini tidak basi lagi :


' Selamat Hari Lahir dua orang penting!'

Monday 29 April 2013

Arjuna salah


Maafkan aku.. Arjuna.
Aku telah jatuh.
Tapi ku pendamkan perasaan sakitnya agar tidak siapa tahu.


Entah bila perasaan itu hadir.
Kerap kali aku
tepis agar tidak terkena,
menidakkan agar tidak mengiyakan,
menafikan agar tidak dipersetujukan,
juga membenteng pagar batu agar tidak dirobohkan 
oleh kau,
Sang Arjuna yang satu ini.

Malang,
Perisai ku pecah terkena belantan mu,
Kata-kata tidak ku laju mengiyakan kata gula-gula mu,
Penafian hatiku lesap tatkala kau datang,
Benteng pagar batu aku roboh dibantai ombak rindu mu.

Bantu aku Arjuna..
Bantu aku ke dalam fantasimu.
Agar kau dapat lihat aku didalamnya.
Agar kau buka mata yang aku ada didepan mu

dan.. 

terus-terusan menunggu Sang Arjuna tanpa rasa lelah.


Wednesday 20 February 2013

Jatuh :)

I guess I'll hang around a little while. while you here
No. I don't feel like being somewhere else
I guess I wouldn't mind to fall in love a little bit
I think I fell a little more

Hanging on to nothing
I wouldn't change a thing
Stay where you are now

Oh no I've said too much
Got both feet in
My dear. you fear too much

I'm just a little bit love ridden
I'm falling in to you

I'm just another tourist making stops. but it's clear
No. I'll never leave without you
Tell another story of love and loss and fear
No. we have another night to kill

Crash through clouds and then we'll know
Don't look back I want you so

Love ridden
I'm falling in to
Love ridden
I'm falling in to you

I'm just a little bit love ridden
I'm falling in to you

-tourist.yuna-

Monday 21 January 2013

Tak Mungkinlah.

Aku seronok.
Aku rasa complete
Aku rasa okay je.
Aku rasa normal.
Tapi rasa tiada kau.
Jadi janggal.

Mungkin sebab tiada rasa bingit dengar kau chirpy setiap masa.
Mungkin sebab tiada rasa marah bila kau jerit nama aku kuat-kuat.
Mungkin sebab tiada rasa jelek bila kau start mengada-ngada.
Mungkin sebab tiada rasa gembira bila kau buat jenaka.

RINDU?
Pelik jika aku rindu kau.
Betul. Pelik sangat.
Tak mungkinlah.


*Agak-agak ada tak ayat lain untuk ganti 'rindu'?

Friday 18 January 2013

LABU

LABU.ABU.BUBU.
Semua nama dia.
Dia gemok.
Almaklum kucing baka orang putih.
10 Kilogram.
Suka makan.
Tidak suka minum air masak tapi suka minum distilled water.
Pantang nampak wayar. Tidak kira wayar charger phone mahupun wayar charger laptop. Semua dia gigit sampai rosak.
Kalau main tak ingat dunia. Habis rumah tunggang langgang.

Kuku tajam. yelah besar.
bermain dengan dia kalau tak bercalar tangan memang tak sah.
Kadang-kadang kalau orang datang rumah. mereka sangka anak harimau. sampai ada takut mahu pegang.
Tapi Abu  tak kisah sebab dia pun tak suka orang dia tak kenal pegang dia.
Itulah Abu. Cerewet bukan?

aku guna ganti kedua DIA bukan IA.
Sebab Abu ku anggap macam adik bongsu.
Perlu dibelai dan dia juga memahami aku dan famili.

Kini tubuhnya kaku depan aku.
.................................................................

Nasib aku tidak tidur lagi.
Mendengar dia mengerang sakit diluar.
Memang sengaja aku tidak tutup pintu bilik rapat.

Aku yang beri dia ubat.
Dia muntah.
Muntah lagi.
Lagi dan lagi.
Sampai layu. Sampai dia tak larat melangkah.
Dia mengerang kesakitan lagi.
ke bibirnya perlahan-lahan.
Dia minum dengan perit berserta batuk-batuk dan perilakunya bagai orang tak cukup nafas.

Saat dia menggelitik. Saat itu aku pun tidak sanggup melihatnya.
Dengan air mata yang mengalir ku kendong dia ke tempat yang telah ku bentang dengan kain. Biar dia rasa panas sedikit.

Ku usap-usap kepalanya. helaan nafasnya makin pendek tapi laju.
Dia pandang kepadaku.

Aku bilang sebentar. Aku mahu ke tandas.
Tak sampai 3 minit.

Aku keluar. Senyap. Mungkin sudah tidur. bisikku sendiri.
Aku lihat dia. Tidur kataku. Lantas aku gerak mahu ke bilik.

2 langkah.
Aku tidak sedap hati.
Aku menoleh dalam keadaan berdiri.
Aku lihat abdomen.
Tiada pergerakan pernafasan.
Aku lihat betul-betul.
Aku lihat lama-lama.

Aku datang dekat dia. duduk.
Aku usap kepala dia.
Aku goncang-goncang sambil jerit-jerit ABU.ABU.ABU sekuat hati.
Tiada Respon.
Hanya mata kaku yang tajam lihat aku.

Air mata tak dapat dibendung lagi.
Berjurai-jurai turun macam hujan lebat.
Sedu-sedan bagai tiada henti.

Ku balut badannya dengan bajuku.
Sejuk.

.................................................................

Tiada lagi LABU.
Tiada lagi ABU.
Tiada lagi BUBU.
Tiada lagi bunyi meow *uak uak* menyambut ku balik dari kolej.
Tidak lagi ABU yang sering minta makanan dengan muka kasihan.
Tiada lagi ABU yang meneman aku kala tiada siapa dirumah.
Tiada lagi ABU yang ku sayang.

ABU sayang.
Rehatlah kau dengan damai disana.
Allah amat menyayangi mu sayang.
Pergilah kau lihat syurga yang indah.
Pasti kau menyukainya.
Moga-moga kita jumpa SATU hari nanti.
Jangan risau. Segala kisah kita aku akan aku pateri kuat-kuat dalam hati.
19.1.2013 3.10amSelamat tinggal ABU Sayang.