Friday 18 January 2013

LABU

LABU.ABU.BUBU.
Semua nama dia.
Dia gemok.
Almaklum kucing baka orang putih.
10 Kilogram.
Suka makan.
Tidak suka minum air masak tapi suka minum distilled water.
Pantang nampak wayar. Tidak kira wayar charger phone mahupun wayar charger laptop. Semua dia gigit sampai rosak.
Kalau main tak ingat dunia. Habis rumah tunggang langgang.

Kuku tajam. yelah besar.
bermain dengan dia kalau tak bercalar tangan memang tak sah.
Kadang-kadang kalau orang datang rumah. mereka sangka anak harimau. sampai ada takut mahu pegang.
Tapi Abu  tak kisah sebab dia pun tak suka orang dia tak kenal pegang dia.
Itulah Abu. Cerewet bukan?

aku guna ganti kedua DIA bukan IA.
Sebab Abu ku anggap macam adik bongsu.
Perlu dibelai dan dia juga memahami aku dan famili.

Kini tubuhnya kaku depan aku.
.................................................................

Nasib aku tidak tidur lagi.
Mendengar dia mengerang sakit diluar.
Memang sengaja aku tidak tutup pintu bilik rapat.

Aku yang beri dia ubat.
Dia muntah.
Muntah lagi.
Lagi dan lagi.
Sampai layu. Sampai dia tak larat melangkah.
Dia mengerang kesakitan lagi.
ke bibirnya perlahan-lahan.
Dia minum dengan perit berserta batuk-batuk dan perilakunya bagai orang tak cukup nafas.

Saat dia menggelitik. Saat itu aku pun tidak sanggup melihatnya.
Dengan air mata yang mengalir ku kendong dia ke tempat yang telah ku bentang dengan kain. Biar dia rasa panas sedikit.

Ku usap-usap kepalanya. helaan nafasnya makin pendek tapi laju.
Dia pandang kepadaku.

Aku bilang sebentar. Aku mahu ke tandas.
Tak sampai 3 minit.

Aku keluar. Senyap. Mungkin sudah tidur. bisikku sendiri.
Aku lihat dia. Tidur kataku. Lantas aku gerak mahu ke bilik.

2 langkah.
Aku tidak sedap hati.
Aku menoleh dalam keadaan berdiri.
Aku lihat abdomen.
Tiada pergerakan pernafasan.
Aku lihat betul-betul.
Aku lihat lama-lama.

Aku datang dekat dia. duduk.
Aku usap kepala dia.
Aku goncang-goncang sambil jerit-jerit ABU.ABU.ABU sekuat hati.
Tiada Respon.
Hanya mata kaku yang tajam lihat aku.

Air mata tak dapat dibendung lagi.
Berjurai-jurai turun macam hujan lebat.
Sedu-sedan bagai tiada henti.

Ku balut badannya dengan bajuku.
Sejuk.

.................................................................

Tiada lagi LABU.
Tiada lagi ABU.
Tiada lagi BUBU.
Tiada lagi bunyi meow *uak uak* menyambut ku balik dari kolej.
Tidak lagi ABU yang sering minta makanan dengan muka kasihan.
Tiada lagi ABU yang meneman aku kala tiada siapa dirumah.
Tiada lagi ABU yang ku sayang.

ABU sayang.
Rehatlah kau dengan damai disana.
Allah amat menyayangi mu sayang.
Pergilah kau lihat syurga yang indah.
Pasti kau menyukainya.
Moga-moga kita jumpa SATU hari nanti.
Jangan risau. Segala kisah kita aku akan aku pateri kuat-kuat dalam hati.
19.1.2013 3.10amSelamat tinggal ABU Sayang.

No comments:

Post a Comment