Friday 18 May 2012

Tiada

Along menelefon aku tepat jam 6 petang.
mengajak aku ke pasar malam berhampiran rumah.
aku ia kan sahaja.
Lapar....


Tapak-tapak kaki tersekat-sekat tatkala sampai disana.
Almaklum. 'pasar malam'. 

kalau tidak sesak. tidak jadi pasar malam.
Pandangan ku terhenti dicelah-celah manusia.
Terlihat sepasang tangan tapi tiada jari.
tiada juga siku.
mataku melilau memandang ke bawah.
ya. dia juga tiada kaki.
Tangan yang menjadi kerdil.
mengoyang-goyangkan besen kecil bertangkai.
mengharap ada yang simpati.
Tapi dia tetap senyum.
Walau ada yang mencemuh.
Tatkala si pemurah-pemurah menghulurkan not-not RM 1.
disambutnya dengan senyuman lebar.
sambil tunduk berulang kali memandang bumi.
lagaknya seakan rakyat jepun berterima kasih.



ku Lihat.
mata kuyunya mula bercahaya.
mungkin monolog hatinya, menyenangkan dirinya.
perut mungkin berisi malam ini.


Syukur.
aku lengkap, cantik, sempurna.

Alhamdulillah~
ungkaplah.
bukan sukar.


No comments:

Post a Comment